
|
PENDIDIKAN DAERAH KULAIJAYA |
|
MAJLIS GURU CEMERLANG |
|
Pelancaran laman web mgc kulai |
|
Pembinaan Laman Web MGC Kulai adalah cetusan idea Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai, Encik Abdul Aziz bin Hj. Redwan yang mahukan agar golongan pendidik di Daerah Kulai khasnya dan di seluruh negara amnya mendapat manfaat daripada kepakaran dan kebolehan Guru-guru Cemerlang dari aspek Pengajaran dan Pembelajaran. Kepakaran Guru Cemerlang ini dalam matapelajaran masing-masing tidak perlu dipertikaikan lagi. |
|
“KECEMERLANGAN BERTERUSAN” |

|
En. Abdul Aziz b. Hj. Redwan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai |
|
Pautan : |
|
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MALAYSIA |

|
KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KULAI (sempena Pelancaran Laman WEB MGC Kulai)
Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatu dan salam sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pertamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan lafaz kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia dan izin-Nya, kita dilanjutkan usia dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas untuk menjadikan anak didik kita sebagai modal insan yang cemerlang.
Pendidikan masa ini telah banyak melalui arus kemajuan yang pesat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Guru-guru dan para pelajar mempunyai pelbagai altenatif dalam memberi dan menerima ilmu.
Untuk menjana modal insan minda kelas pertama dalam dunia globalisasi ini, guru-guru harus peka dan bijak mengambil ruang dan peluang untuk berusaha memajukan diri. Justeru penggunaan komputer dan internet telah banyak membantu dunia pendidikan dalam usaha memertabatkan profesion perguruan. Ramai guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing terlibat sama dalam menyalurkan sumber ilmu kepada rakan dan anak didik mereka.
Justeru, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kulai tidak berdiam diri dalam menyalurkan sumber maklumat ini. Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai telah diberi amanah untuk membina laman web sendiri agar guru-guru mendapat input berguna dalam menambahkan lagi keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Guru Cemerlang Daerah Kulai dan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan daerah Kulai yang telah berusaha bagi menjayakan projek ini.
Selain daripada itu, saya juga berharap agar input yang terdapat dalam laman web ini sentiasa dikemaskini dan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa. Guru-guru lain juga dipelawa untuk menyumbang idea dan bahan untuk kebaikan bersama. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar bahan-bahan yang disediakan ini digunakan sebaik mungkin untuk membantu guru-guru dalam usaha memberi pemantapan pemahaman pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, usaha murni ini akan dapat membantu kita mencapai kecemerlangan pendidikan daerah Kulai disamping merealisasikan harapan Jabatan Pelajaran Negeri Johor bagi mencapai Johor Top 5.
Sekian, terima kasih.
(ABDUL AZIZ BIN HJ REDWAN) |